Penjenamaan Raudhah Fried Chicken adalah berdasarkan nama syarikat iaitu Raudhah Merchandise.Bagi menjadikan satu jenama yang specialist dalam pembuatan Ayam Goreng , penjemaan Raudhah Fried Chicken telah digunapakai untuk menggantikan jenama yang spesifik, manakala penjenamaan produk Tepung Supersedap pula dikekalkan dengan jenama syarikat (Raudhah Merchandise).
Raudhah Merchandise adalah sebuah syarikat Bumiputra yang berpangkalan di Seri Kembangan Selangor.Syarikat kami telah beroperasi sejak dari tahun 2014 yang pada mulanya hanya dengan membuat perniagaan online pelbagai barangan Peragaan sehinggalah kami menceburi bidang F&B yang kami menanti fasa ini yang memang telah ada dalam perancangan syarikat.Diatas gabungan kepakaran dan bakat dalam dunia F&B diantara team kami, Alhamdulillah kami telah dapat menghasilkan resepi terbaik yang telah dipilih untuk dikomersialkan.Ianya terhasil apabila pelbagai percubaan yang telah disaring berkali-kali bagi menemukan rasa yang dapat menepati citarasa pelanggan di zaman era Millenium ini.Maka terhasilah produk - produk kami yang julung kalinya dihasilkan seperti Tepung Supersedap yang kini sudah ada pelanggan tetap dalam peruncitan mahupun (dine-in) direstoran bergerak kami.
Kami menitikberatkan penjagaan kualiti produk kami berdasarkan tentang kualiti rasa, aroma dan ramuan untuk menjaga keaslian produk kami yang ekslusif.
Profesionalis team kami dalam bidang F&B menjadikan sesuatu keluaran produk kami adalah keluaran yang bermutu tinggi dan ekslusif.
Produk kami telah di yakini oleh juri-juri rasa yang berpengalaman seperti chef,selebriti dan kebanyakan tukang masak di restoran-restoran.
Keunikan rasa produk kami menjadikan ianya dipercayai ramai, yang rata-rata berlatarbelakangkan kelas atasan mahupun kelas pertengahan yang mampu memiliki produk kami dimana rasanya setanding dengan outlet yang famous diluar sana.
Perluasan produk kami meliputi semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak mengikut fasa dan pengembangan seiring dengan perlantikan Agen dan stokis yang sedang bergerak aktif. Nantikan kemunculan kami di tempat anda.
Want to get in touch with us? Try us at any of the following!